Tuesday, January 12, 2010

Selamat Hari Lahir ke-3 Khayra Qaszryna bt. Azamzairi...



Here are the promised, long awaited pix...

mula mula gi beli hadiah dulu... Omie's request ~ Sg Wang Plaza [dah lama tak merewang situ hehe] Aik? Kakak punya hadiah lagi mahal dari adik punya? Kakak nak masuk sekolah... pastu dapat pulak jadik Ketua Darjah... Abah ngan Omie bagi hadiah jam Casio Poptone :o)) [adik later on got so many other things yg tak done amik gambar]








Aha inilah sebab musabab nya kenapa Omie ajak gi Sg Wang. Korang dah dapat hadiah masing-masing, Omie sangat memerlukan kasut baru, hehe~


















ni lagi satu hadiah, melaram je keje~ Disney Original tuh. Omie sendiri pakai sunglass 10 hengget












notty notty Ayra

here comes the cake!
















apa lagi diorang tunggu ni... orang dah terliur dah nih!











mende tunggu lagi ni kakak?? Atim pun dah naik bosan ni.












Atuk pulak sangat happy cucu dah besar, Aunty Mein struggle tak kasik Kyra potong kek!












upacara menyembelih cake! Ayra buat apa apa pun control ayu...















upacara perasmian hadiah-hadiah... hehe. Set Dining n Tray Disney Princess. 




Earlier post...

Bila dia senyum, semua niat nak marah, mengamuk, nak pukul, hilang. Itulah dia kalau dah namanya Khayra Qaszryna bt Azamzairi.

Sorang nilah yang boleh meng-cool kan kepala Omie dia yang baran ini dalam sekelip mata. Belum ada challenger lagi. Sebesar mana pun salah Kyra, termasuklah merendam K610i Omie jadik sampan, Omie tak dapat nak marah lama-lama. Paling lama ~  5 minit. Tu pasal  Babah cakap, Kyra ni spoil brat, Omie lah punya kerja. Alah, cuba tengok sket muka orang yang bercakap tuh! Dia lagi teruk. Baru 3 tahun, Kyra dah merasa bawak bag Barbie ORIGINAL. Sunglasses Disney Princess pun ori, not to mention so many seluar jeans yg ori ori belaka, baru lagi beli patung si Ipin, beli lagi patung pink tiger. Itu baru B'day girl, yang Kakak nya yang baru dilantik jadik Ketua Darjah 1 Excellent sudah pakai jam Casio Poptone cecah 3 angka harganya aper citer? Bak kata orang biar mak abah bankrap, asal anak idup senang lenang... [serious aku tgh bankrap sekarang]

Last Saturday sudah potong kek. Kyra tak suka tiup lilin rupanya, agaknya dia tau tu bukan budaya Islam hehe. Sudahnya Kakak n Ateem yg tiup. Alah jadilah, lepas tiup lilin dia makan kek 2 slice, licin. hehe, rupanya Kyra hantu kek, selama ni tatau... sebab pneumonia dia, kami memang terpaksa limitkan junkfood for her.

Omie sampai sekarang belum boleh lupa betapa cinonetnya Kyra masa lahir, sedihnya Omie sampai sekarang terkenangkan  Kyra dalam incubator. Itulah salah satu sebab sampai sekarang Omie takleh nak marah sangat dengan Kyra compared to Jazzy. My guilty conscience tak clear clear walaupun tau itu Qada' dan Qadar. Tapi Jazzy anak sulung... expectation Omie memang tinggi melangit. Memang kesian tapi Omie tatau camana nak rendahkan expectation tu. Tapi dengan Adik Omie kalah. kalah abes. Bak kata Babah Omie cair sama Adik. Oh yes u Babah U totally got that right.

Tapi hidup ini untuk apa? Siapa lagi nak sayang anak-anak sendiri...?

Happy Birthday Chimoot Mama.... [read: Kyra lebih suka panggil Omie ~ Mama. Ntahlah mengapa tatau]

H

Monday, January 11, 2010

Jazzmeen Adreanna ~ Sudah Darjah Satu!

Kalau u guys added me as a friend in FB, i'm sure u guys tau how over excited I was Jazzy nak masuk skolah rendah. Excited sampai berhabis duit, tak pedulik kerja, rehat tak cukup, nak memastikan everything goes well this first few weeks.

Gambar ada, banyak in fact. Sejak 31st August kami mendaftar, till 3rd -4th day sampailah ke membeli hadiah. Hadiah apa? Jazzy berjaya dilantik jadik Ketua Darjah 1 Excellent SK Putrajaya Presint 16 (1). Bila ditanya cemana Jazzy dapat jadik Ketua Darjah? Jazzy kata "Entahlah, agaknya sebab Kakak besar [she means tinggi] dan suara Kakak kuat kot" Aha like mother like daughter kan... suara petir. hehe.

Siang tadi Jazzy first day masuk KAFA pulak. Comel Jazzy pakai tudung n baju uniform purple. kami panggil Mualaf Gelap, hehe. Muka macam Nenek Chinese dia, tapi kulit gelap. Jazzy dah sunburn teruklah sekarang, tak putih macam masa baby baby dulu... alah takpelah, tu tanda dah besar, kan kan. 2nd and 3rd day aritu ada masalah sket dengan duit belanja. Orang kantin ni memang nak kena komplen ni, ari-ari telan duit student. Mentang-mentang diorang budak kecik, tak pulang baki. Bila tanya Ateem rupanya Ateem pun selalu kena.

Jazzy seemed to be enjoying school very much. Tanyalah kat dia, Jazzy suka gi skolah? Dia akan jawab "Sukkaaaaa sangat sangat sangat" dengan penuh excited. hehe. Walaupun nampak sangat dia letih, tapi dia happy.

Omie ngan Babah pun happy ;o))

Thursday, December 03, 2009

Macam-macam hal!




Aku pun musykil apa kerja diorang sebenarnya masa ni. Ni kat butik ni, barang DCL baru sampai.

Once upon a Ramadhan...



Dua hari sebelum Aidilfitri, sehari sebelum berangkat ke Sandakah, I brought Jazzy along to Kubur Arwah Nenda & Atuk di Langat. Nak gi Semenyih tak sempat, bz sangat aritu.

Yang sedihnya... ada suara-suara sumbang family kami tak jenguk kubur masa raya. Nah, ini buktinya. kosong lagi belum ada bunga lagi, lepas tu baru kami tabur bunga & daun pandan yang Arwah sendiri tanam, sengaja aku bawak balik kat dia, hasil kerja tangan dia.

Cuma aku nak ingatkan, yang penting doa dan ingatan dan sedekahkan Al-Fatihah banyak-banyak walau di mana kita berada. Tak semestinya ke kubur baru kita dapat beramal untuk yang telah pergi. Banyak cara lain lagi. Kenapa itu yg nak dijadikan isu?

Kyra and beads


ni antara aktiviti feveret Kyra. Bersepah sepah beads tu karang dibuatnya.

Saturday, October 24, 2009

Kyra's 1st Stiching... [like it's gonna be more??]

Kyra yang lasak. Saper tatau, kan? This happened 3rd March 2009. Am gonna put this post up here for a while [suka bagi Kyra tgk balik gambar gambar ni, bagi dia ingat sket kenakalan membawa padah]. What was d cause? Long story short ~ lompat-lompat menyanyi-nyanyi atas katil, terjun ke bawah nak kejar kakak dengan niat percubaan menjadik Super(wo)man, last-last dagu tersangkut kat pintu, tapi sebab nak jugak kejar kakak, dagu yang tersangkut ditarik begitu sahaja dan terkoyak meninggalkan satu serpih kayu yg nasib baik tak berserabut.


If am not mistaken I was bersiap nak ke butik, weekend so kelam kabut sket. Jadiknya aku berlawa-lawa berkejar ke hospital. That bandage is received from Klinik Mediviron Alamanda, thanks to them. But they advised us to bring her to Hosp Putrajaya cus the case looks complicated, well at least to them. Notice tears from my eyes and blood wiped from her chest, face... etc. there was SO MUCH blood.



A closer but blurry look. Sorry, it was only my K530i.



Arriving at Emergency Dept Putrajaya Hospital. That blood on napkin, belum campur yg dah menitik nitik and wiped from our bedroom's floor. What happened next was... They wiped the wound, saw how deep it was... decide to EXPLORE the wound, to remove serpih serpih if any [u know what explore means, right? 2 male nurses had to wrap her in a blanket and hold her while I held her head and MA explored d wound] after that stitch it. The cut was small, barely 2cm but it was very very deep.



Nice stitch there, buddy!! Now ALL of us dah pernah kena stitch, hoorayyy!


J&K's Current Fav Song

Kalau dah start je citer Matahariku kat TV3 before Maghrib tu, masing masing mula la nyanyi sambil goyang kepala :) Here goes d song: